Isu boikot: McDonald's, BDS dalam proses mediasi

  • 3 bulan lalu
Isu boikot: McDonald's, BDS dalam proses mediasi

BERITA SEMASA 18 Mac 2024

McDonald's Malaysia yang menfailkan saman terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia susulan tindakan rakyat Malaysia memboikot makanan segera itu, berbincang untuk menyelesaikan kes melalui proses mediasi di Kompleks Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin, lapor Noor Azlida Alimin.

Mediasi adalah alternatif penyelesaian kes secara baik, tanpa melalui proses perbicaraan penuh dengan mediator terdiri daripada hakim dan pegawai kehakiman berpengalaman.

Peguam, Datuk M Reza Hassan yang mewakili BDS Malaysia berkata, sesi mediasi pertama selama dua jam, berlangsung dengan lancar di hadapan Hakim mediasi, Zaman Mohd Noor.

Bagaimanapun, semua pihak tidak dapat mendedahkan maklumat perbincangan mahupun terma persetujuan secara terperinci.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655144/berita/semasa/isu-boikot-mcdonalds-bds-dalam-proses-mediasi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #MCDsamanBDS #isuboikot

Disyorkan