Kerja tak popular, tapi beri keceriaan kepada individu bekerja
  • bulan lalu

Kerja tak popular, tapi beri keceriaan kepada individu bekerja

BERITA SEMASA 13 MAC 2024

Seorang suri rumah di Bahau, Jempol, Negeri Sembilan mengambil keputusan melakukan pekerjaan kurang digemari ramai, iaitu perkhidmatan melipat dan menggosok pakaian bagi menambah pendapatan keluarganya, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Suri rumah, Siti Aishah M Razali berkata, sama sekali tidak berasa malu sebaliknya keputusannya itu diyakini dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada individu yang bekerja terutamanya wanita.

Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk membuat perkhidmatan itu, katanya sebelum itu, dia sudah menjalankan pelbagai perniagaan namun semuanya separuh jalan susulan baginya letih dan waktunya agak terhad sekali gus menyebabkannya 'burn out'.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #khidmatlipatgosokpakaian