Nasi dagang 'licin' tak sampai dua jam
  • 2 bulan lalu
Nasi dagang 'licin' tak sampai dua jam

BERITA SEMASA 11 MAC 2024

Tidak sampai dua jam, nasi dagang yang diberi secara percuma berjaya diagihkan kepada pelanggan sempena menyambut Ramadan di sebuah restoran makanan tradisional terkenal, Nasi Dagang Atas Tol cawangan Bandar, Kuala Terengganu pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Penyelia restoran, Siti Aishah Mohd Alkamal berkata, selain nasi dagang, menu lain seperti nasi lemak, nasi minyak, laksa kuah merah dan putih turut diberikan pengunjung yang mula hadir seawal jam 6.30 pagi tadi.

Menurutnya, program itu sebagai tanda kesyukuran selain memberi sedekah kepada pengunjung bagi menyambut kedatangan Ramadan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653905/edisi/terengganu/nasi-dagang-licin-tak-sampai-dua-jam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #nasidagangpercuma