Anak muda gotong-royong bakar 200 lemang sambut Ramadan
  • 2 bulan lalu
Anak muda gotong-royong bakar 200 lemang sambut Ramadan

BERITA SEMASA 10 MAC 2024

Menjadi tradisi masyarakat Negeri Sembilan untuk menyambut kedatangan Ramadan dengan aktiviti mantai termasuklah membakar lemang, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Meskipun bagi sesetengah tempat tradisi itu seakan dilupakan, namun penduduk Kampung Air Kuning di sini, sepakat meneruskannya dengan bergotong-royong membakar 200 lemang dan memasak 40 kilogram (kg) rendang daging.

Apa yang membanggakan, ia diusahakan oleh sekumpulan anak muda kampung tersebut yang mengumpul dana, mencari buluh, memerah santan sehinggalah mengacau rendang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653731/edisi/melaka-ns/anak-muda-gotong-royong-bakar-200-lemang-sambut-ramadan

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan #BakarLemang