Pelancaran Edisi Terbaharu Samsung BESPOKE Jet™ Plus – All in One Clean Station
  • 2 bulan lalu
Hari ini, Samsung Electronics Malaysia melancarkan edisi terbaharu BESPOKE Jet™ Plus dengan Stesen Pembersihan Semua Dalam Satu.

Ciri inovatifnya mempunyai tong sampah yang mesra pengguna dan boleh ditutup secara automatik untuk membuang kotoran dengan mudah. Berus LED Slim untuk pembersihan menyeluruh tanpa mengabaikan sebarang titik buta dan Pet Tool+ yang dilengkapi dengan pengisar pembersihan kendiri untuk mengumpul bulu haiwan kesayangan dengan cekap.

Dengan teknologi Jet Siklon yang canggih, ia dapat memerangkap 99.999% habuk. Menggabungkan penyedutan kering (dry) dan pengelapan untuk lantai (wet) dalam satu peranti. Dwifungsinya menjimatkan masa dan tenaga pengguna.

Mempunyai penutup tong sampah automatik yang unik agar pengguna tidak perlu lagi berasa bimbang untuk bersentuhan dengan habuk, hama atau bahan cemar, sekali gus memastikan proses pembersihan yang lebih bersih dan selamat.

Bukan itu sahaja ia menampilkan Digital Inverter Motor, iaitu teknologi ringan namun berkuasa yang berputar sehingga 135,000rpm dan menyediakan 580W kuasa input.

Dengan hanya berat 1.44kg, reka bentuk paip teleskopik, ia memastikan ukuran panjang yang selesa secara ergonomik, sesuai untuk saiz sesiapa sahaja dan menawarkan penyesuaian panjang 3 peringkat, antara 525mm hingga 665mm.

Mempunyai 3 varian warna menarik iaitu 'Woody Green', 'Midnight Blue' & 'Misty White' .

Berita baik, Vakum tanpa wayar BESPOKE Jet™ Plus menyediakan jaminan percuma selama 5 tahun sebagai promosi pelancaran dari 1 Mac - 30 April 2024 di seluruh negara.

#bespokejet
#samsungmalaysia
Disyorkan