Kanak-kanak 13 tahun maut ditembak tentera Israel di dada

  • 3 bulan lalu
Selepas ditembak di dada, seorang budak lelaki Palestin bernama Mohammad Zaid yang baru berusia 13 tahun, syahid.

Kanak-kanak itu kemudiannya dikebumikan secara sederhana oleh saudara-mara dan rakan-rakan berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang diduduki haram Israel.