Kerajaan komited manfaat teknologi perkukuh aspek integriti

  • 3 bulan lalu
Kerajaan akan memanfaatkan kecanggihan teknologi untuk memperkasa inisiatif berkaitan integriti, tatakelola dan usaha pencegahan rasuah. Kenyataan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang disampaikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika merasmikan Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2023 Putrajaya pada Khamis.