“Perlu kelulusan Najib sebelum sebarang langkah dibuat” - Jasmine Loo

  • 3 bulan lalu
Kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB kerana beliau memegang tiga jawatan penting di dalam syarikat itu.

Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan berkata, adalah menjadi amalan, malah sebelum beliau menyertai syarikat itu, kesemua perkara perlu dikemukakan kepada Najib, yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat (CBOA) 1MDB sebelum sebarang projek boleh diambil 1MDB.

Disyorkan