Petani EU banding kualiti dengan hasil tani negara luar
  • 2 bulan lalu
Para petani di La Junquera, Sepanyol mengambil keputusan untuk melakukan mogok terhadap kerajaan dengan membuang buah-buahan dan sayuran yang diimport dari negara lain. Mereka menuntut agar dasar yang dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah (EU) bersifat lebih adil dan saksama dalam persaingan yang dianggap tidak adil industri berkenaan.