[TERKINI] Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas

  • 3 bulan lalu
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

Katanya UMNO tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan UMNO tetapi mereka. Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.