Tunggakkan gaji KL City FC bukan 2 bulan tapi... - Safee Sali

  • 4 bulan lalu
Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali memandang sinis apabila sebuah pasukan Liga Super merahsiakan tunggakan gaji yang dialami sebuah kelab dalam pasukan Liga Super.

Bekas penyerang kebangsaan itu mendakwa, perkara itu masih membelenggu pemain pasukan terbabit.

Menurutnya lagi, kelab berkenaan yang berdaftar di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu perlulah mengutamakan kebajikan pemain dan jangan berselindung.

Beliau mendedahkan, pihak PFAM mempunyai laporan mengenai tunggakan gaji dari pemain.

Kenyataan itu merujuk kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji dan barisan kejurulatihan sehingga empat bulan.

Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata jumlah tunggakan sebenar hanya dua bulan, iaitu Oktober dan November susulan perubahan jadual perlawanan liga.

KL City FC kini perlu mencari RM2 juta bagi melangsaikan 'hutang' kepada pemain dan barisan kejurulatihan.

Artikel penuh: https://shorturl.at/fjzP5

Disyorkan