Selidik dahulu latar belakang ulama, elak ditipu' - Mufti

  • 3 bulan lalu
BERITA SEMASA 23 FEBRUARI 2024

Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang ulama atau kumpulan bawaannya bagi mengelakkan daripada ditipu.
Lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, umat Islam juga diminta supaya tidak terlalu taasub dengan dakwaan seseorang itu kononnya nasab Rasulullah SAW tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Menurutnya, sikap taasub dengan membuta tuli juga akan menyebabkan fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/650937/berita/nasional/selidik-dahulu-latar-belakang-ulama-elak-ditipu---mufti

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mufti #ulamak #menteriagama #mawla