MP PKR, UMNO, PAS, wakil AMANAH ke Mesir, nyata sokongan kepada Palestin

  • 3 bulan lalu
MP PKR, UMNO, PAS, wakil AMANAH ke Mesir, nyata sokongan kepada Palestin

BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2024

Tiga Ahli Parlimen pelbagai parti dan seorang Ahli Dewan Negara menyertai Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ke Mesir, termasuk untuk meninjau lintasan Rafah-Gaza, laluan bantuan kemanusiaan Malaysia disalurkan kepada penduduk wilayah tertindas di selatan Palestin itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen PKR Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen PAS Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Parlimen UMNO Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy bersama Senator Datuk Wira Dr Mohd Hattta Ramli daripada Parti Amanah.

Tinjauan di lintasan Rafah-Gaza oleh delegasi diketuai Mohamad itu, antara yang dijadualkan dalam lawatan khas mereka ke Mesir, bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650768/berita/nasional/delegasi-mp-malaysia-lawat-mesir-pamer-sokongan-isu-palestin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Palestin #RafahGaza

Disyorkan