Pengguna berhak mengetahui servis dan caj tersembunyi

  • 4 bulan lalu
Semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi berhak untuk diberi makluman mengenai servis yang diberi termasuk caj yang tersembunyi.

Menurut Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Megat Ishak Ma’amunor Rashid berkata, ada sesetangah syarikat telko yang menyembunyikan maklumat penting, hingga pengguna keliru dengan servis dan caj yang akan dikenakan.