Hanya mahu pulang ke negara asal, tiada unsur dera - Polis

  • 4 bulan lalu
Hanya kerana mahu pulang ke negara asalnya, seorang pekerja pembersih yang juga pembantu 'nursing home' warga Indonesia sanggup berpura-pura menjadi mangsa dera majikan.

Tindakan wanita berusia 44 tahun itu dikesan selepas siasatan polis dilakukan susulan sebuah video tular di media sosial TikTok, pagi Selasa.