Penduduk, penyokong PN serah memorandum desak Zulkafperi letak jawatan 
  • 3 bulan lalu
BERITA SEMASA 27 JANUARI 2024

Kira-kira 100 penduduk dan penyokong Perikatan Nasional (PN) menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi bagi meluahkan rasa kesal dengan tindakan pemimpin itu yang menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir 

Seorang penduduk, Azlan Mohd Yusof, berkata, rakyat di Tanjong Karang kecewa dengan kenyataan Zulkafperi yang beranggapan seolah-olah mereka 'dahagakan' peruntukan.

Dakwa Azlan, rata-rata penduduk di Parlimen itu tidak mengenali Zulkafperi dan adalah wajar sekiranya beliau meletak jawatan sebagai ahli Parlimen.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646423/berita/politik/penduduk-penyokong-pn-serah-memorandum-desak-zulkafperi-letak-jawatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #TanjongKarang #PN #ZulkafperiHanafi