Anwar berjaya kurangkan rasuah, sindir Tun M
  • 3 bulan lalu
Anwar berjaya kurangkan rasuah, sindir Tun M

BERITA SEMASA 26 JANUARI 2024

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas 'kejayaan' dalam memerangi rasuah di negara ini.

Menurutnya, antara 'pencapaian' yang dilakukan adalah rasuah ‘dikurangkan’ dengan menghentikan dakwaan terhadap kesemua 47 kes pertuduhan dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah beliau, rasuah dikurangkan lagi apabila ‘statutory’ deklarasi bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Datuk Seri Anwar terlibat dengan rasuah sebanyak RM3 bilion tidak diteruskan tindakan.

Malah beberapa wakil rakyat parti pembangkang pula mengisytiharkan mereka menyokong Datuk Seri Anwar kerana mendakwa untuk mendapat peruntukan wang daripada kerajaan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646370/berita/politik/anwar-berjaya-perangi-rasuah-sindir-tun-m

#SinarHarian #BeritaSemasa #TunM #AnwarIbrahim