Bertindak segera tangani kebanjiran warga Rohingya
  • 3 bulan lalu
Bertindak segera tangani kebanjiran warga Rohingya

BERITA SEMASA 23 JANUARI 2024

Masyarakat di sekitar Kangkar Pulai, dan Kampung Teluk Serdang, Johor Bharu, Johor, mengharapkan pihak berwajib dapat bertindak segera bagi menangani kebanjiran warga Rohingya yang dilihat sudah mula bertapak di kawasan sekitar, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menurut penduduk Kampung Melayu Kangkar Pulai, Halil Daud, 70, warga Rohingya yang ada di kawasan berkenaan dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Malah katanya, sudah wujud beberapa kelompok tersendiri dalam kalangan warga Rohingya di kampung berkenaan dan sudah pasti ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #KebanjiranRohingya #WargaRohingya