Netizen Kagum Watak Tahir, Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Rangkul Trofi
  • 3 bulan lalu
Baru beberapa hari ditayangkan, lakonan aktor, Nadhir Nasar menerusi filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah meraih respon positif daripada penonton.

Rata-rata netizen berpandangan watak Tahir yang dibawakan Nadhir nampak lebih matang meskipun filem ini merupakan debut pertamanya di layar perak.

Enggan dibuai pujian, Nadhir menyifatkan dirinya tidak terlalu memandang soal anugerah sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik disetiap naskah yang diamanahkan.
#MHnews
#MediaHiburan