Sime Darby Property peroleh RM1.1 bilion tempahan jualan dalam kempen Great Deals

  • 4 bulan lalu
Kempen jualan kediaman Great Deals oleh Sime Darby Property Bhd berjaya memperoleh tempahan sebanyak 1,107 unit kediaman bernilai RM1.1 bilion.

Dalam satu kenyataan, pemaju hartanah itu berkata, kempen yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 31 Disember 2023 itu menampilkan tawaran yang menarik bagi hartanah terpilih dalam perbandaran milik Sime Darby Properties di seluruh negara.