Sindiket pelacuran sedia pakej wanita RM10,000 satu malam tumpas

  • 5 bulan lalu
Sindiket pelacuran sedia pakej wanita RM10,000 satu malam tumpas

BERITA SEMASA 13 JANUARI 2024

Sindiket pelacuran dan pusat hiburan yang menyediakan pakej wanita warga asing dengan bayaran sehingga RM10,000 satu malam tumpas selepas diserbu Jabatan Imigresen dalam Operasi Khas di sini pada Jumaat.

Operasi bermula jam 11 malam melibatkan dua sarang pelacuran dan tiga pusat hiburan karaoke di sekitar Ipoh itu menahan 141 orang dengan 117 daripadanya wanita warga asing, 14 lelaki warga asing manakala 10 lagi warga tempatan dipercayai penjaga premis.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, wanita yang ditahan terdiri daripada 52 warga China, 41 warga Vietnam, 21 warga Thailand, dua warga Indonesia dan seorang warga Laos berusia antara 18 hingga 36 tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644166/berita/semasa/sindiket-pelacuran-sedia-pakej-wanita-rm10000-satu-malam-tumpas

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketpelacuran

Disyorkan