KEB 2024 bukan sekadar kongres, kaji kegagalan bumiputera

  • 4 bulan lalu
KEB 2024 bukan sekadar kongres, kaji kegagalan bumiputera

BERITA SEMASA 13 JANUARI 2024

Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang akan dilaksanakan pada bulan hadapan diharap akan mengenal pasti langkah melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kongres berkenaan diharap tidak sekadar menjadi kongres tetapi juga perlu mencari jalan mengatasi kegagalan ekonomi bumiputera selama ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Induk KEB 2024 berkata, kongres berkenaan boleh dijadikan landasan utama memperkasakan semula sekaligus meningkatkan ekonomi orang Melayu dan golongan bumiputera.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/644161/berita/nasional/keb-2024-bukan-sekadar-kongres-kaji-kegagalan-bumiputera

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KEB2024