Selepas ketukan pintu, lembaga hitam pula muncul
  • 4 bulan lalu
Selepas ketukan pintu, lembaga hitam pula muncul

BERITA SEMASA 11 JANUARI 2024

Selepas diganggu ketukan pintu waktu malam, penduduk Kampung Kepis Ulu dan Kampung Kepis Hilir di sini mendakwa melihat lembaga hitam pula, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Malah mereka turut mendengar bunyi tingkap rumah diumpil dan dicakar serta menghidu bau wangi.

Menurut Haslinda Hassim, 54, gangguan misteri kali kedua yang dihadapinya malam Rabu membuatkan dirinya betul-betul ketakutan kerana melihat lembaga hitam.

Pada masa sama katanya, lembaga tersebut turut memandangnya dari jauh dan serta merta memecut lari dari situ.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/643857/edisi/melaka-ns/selepas-ketukan-pintu-lembaga-hitam-pula-muncul

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Misteri #NegeriSembilan