Campur urusan Islam, polis buka kertas inkuiri siasat Koo Ham
  • 4 bulan lalu
Campur urusan Islam, polis buka kertas inkuiri siasat Koo Ham

BERITA SEMASA 11 JANUARI 2024

Polis membuka kertas inkuiri (KEP) berkaitan kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dalam isu membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, di bawah klasifikasi itu, semua laporan diterima diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan memandangkan laporan pertama dibuat di sana.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 16 laporan polis telah dibuat di Perak terhadap pemimpin DAP itu.

Koo Ham sebelum ini dilapor membuat saranan supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643607/berita/semasa/rumah-koo-ham-terbakar-ada-unsur-khianat-polis-temui-molotov-cocktail
https://www.sinarharian.com.my/article/643793/berita/semasa/campur-urusan-islam-polis-buka-kertas-inkuiri-siasat-koo-ham

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Kebakaran #AhliParlimenBeruas #NgehKooHam #PDRMPerak