Isteri Daim Zainudin dakwa suami dianiaya hanya kerana kaya
  • 4 bulan lalu
Isteri Daim Zainudin dakwa suami dianiaya hanya kerana kaya

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2024

Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa suaminya dianiayai disebabkan kejayaan beliau sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya.

Toh Puan Naimah Khalid mendakwa, kejayaan Tun Daim kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

Beliau hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dua anaknya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu rasuah membabitkan suaminya.

Tambah Naimah, kini sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa Tun Daim seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/643606/berita/semasa/isteri-dakwa-tun-daim-dianiaya

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #TunDaimZainuddin