Insiden 'Boom Crawler' Kren tumbang, KTMB kerugian lebih RM2.4 juta

  • 6 bulan lalu
Hasil siasatan insiden 'Boom Crawler' Kren (Projek Parking Bertingkat) jatuh dan terkena Over Headline (OHL) Landasan Naik di Stesen KTM Rawang mendapati KTMB kerugian sebanyak RM2,425,472.70.

Kejadian pada 12 Disember 2023 telah menyebabkan gangguan operasi melebihi dua jam terhadap perkhidmatan tren penumpang KTMB, perkhidmatan ETS, Komuter dan tren barangan kargo.