[TERKINI] Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM

  • 5 bulan lalu
Seorang pegawai penyiasat sprm memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli undi untuk Pilihan Raya Umum ke-13,11 tahun lalu.

Saksi pendakwaan ke-49, Penguasa Kanan, Nur Aida Arifin berkata demikian semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan bekas Perdana Menteri itu.