Lebih 25,000 mangsa banjir, tanah runtuh dipindah ke PPS – NADMA
  • 4 bulan lalu
Sejumlah 25 ribu 438 mangsa dipindahkan ke 199 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor yang dilanda banjir serta tanah runtuh.

Laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, setakat 12 tengah hari tadi, kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 14,006 orang yang berlindung di 94 PPS di lapan daerah.