Niaga AWANI: Industri nanas negara berpotensi dikembangkan di Sarawak - LPNM
  • 4 bulan lalu
Industri nanas negara berpotensi dikembangkan di Sarawak memandangkan kesesuaian tanah gambut dan mineral yang terdapat di negeri itu, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.

Beliau berkata terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan industri nanas di Sarawak yang memiliki sumber tanah lebih luas berbanding Semenanjung yang mana kira-kira 2.8 juta hektar tanah berpotensi telahpun dikenal pasti bagi tujuan pertanian.
Disyorkan