Sentuhan Kreatif Susun Atur Industrial Europian Classic

  • 6 bulan lalu
#dekordekorimpiana #dekordekor #impiana

Menghadirkan kediaman yang nyaman dengan dekorasi yang unik menjadi salah satu cara untuk kepuasan setiap pemilik kediaman. Suntikan inspirasi susun atur kediaman berpaksikan industrial europian classic antara ciri-ciri dekorasi yang menjentik deria pandang.

Kediaman teres tiga tingkat ini digarap sempurna dengan elemen hiasan yang sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja yang memasuki ruang kediaman ini.

Tatkala kaki melangkah masuk ke kediaman teres tiga tingkat ini mata sudah dijamu dengan 'persembahan' dekorasi ala resort.