Orang asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang

  • 5 bulan lalu
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Pahang mempunyai 80,000 penduduk orang asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan. Menurut baginda, orang-orang asli inilah yang sebenarnya menjuarai usaha melindungi hutan dan biodiversiti tempatan.