UMNO: Saya Harap Isham Jalil datang mesyuarat MKT malam ini
  • 5 bulan lalu
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau mengharapkan supaya Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil dapat hadir ke mesyuarat MKT malam ini (Rabu).

Ujar Ahmad Zahid, Isham sepatutnya berani untuk hadir bagi menyuarakan pendapat beliau yang menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional BN di Pilihan Raya Kecil PRK Kemaman baru baru ini, berpunca daripada pemimpin UMNO terlalu mempertahankan DAP.