Ancaman penyakit X lebih bahaya dari Covid-19?

  • 6 bulan lalu
Penyakit X adalah istilah digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Istilah ini diperkenalkan bagi menggalakkan peralihan tumpuan penyelidikan dari strain virus tunggal ke arah pengkelasan virus yang lebih menyeluruh, seterusnya memperkukuhkan kapasiti global dalam kesiapsiagaan menghadapi patogen yang belum dapat dikenal pasti ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia bagaimanapun menjelaskan berkenaan "Penyakit X” kini yang sedang menjadi tumpuan banyak pihak.

Walaupun ciri-ciri Penyakit X masih belum dikenal pasti, pakar-pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya.

Berbanding dengan Covid-19 yang kurang menyebabkan kematian, penyakit X dijangka akan mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola.

Untuk mengatasi ancaman ini, WHO menekankan kepentingan proses saintifik yang telus dalam kajian asal usul virus.

Disyorkan