Tiga beranak tinggal dalam rumah usang
  • 5 bulan lalu
Tiga beranak tinggal dalam rumah usang

BERITA MOJO 3 DISEMBER 2023

Melihat keadaan sebuah rumah usang di Kampung Chenong Ulu, Chengkau Rembau, Negeri Sembilan, tiada siapa menyangka ia merupakan tempat berteduh buat tiga beranak sejak empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian.

Rumah pusaka dengan sebahagian dinding yang hampir reput dimakan anai-anai serta bocor pada kebanyakan bumbung itu didiami bapa tunggal Juhan Junjong, 53, bersama anak lelaki berusia 13 tahun dan anak perempuan berusia lapan tahun.

Menurutnya, kesusahan hidup menyebabkan hanya itu tempat tinggal yang mampu disediakan untuk mereka sekeluarga.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637825/edisi/melaka-ns/tiga-beranak-tinggal-dalam-rumah-usang

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo