Penyokong mahu KDA FC 'pulun' Selangor FC
  • 5 bulan lalu
Penyokong mahu KDA FC 'pulun' Selangor FC

BERITA MOJO 2 DISEMBER 2023

Penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC mengharapkan Sang Kenari memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Darul Aman apabila menerima kehadiran Selangor FC pada aksi Liga Super 2023 pada malam Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Puaka Jerai atau nama sebenarnya, Zulkifli Hashim, menyeru semua penyokong dari seluruh negeri agar dapat turun ke Alor Setar untuk memberikan sokongan padu kepada KDA FC.

Kemenangan wajib diraih pada perlawanan penting itu bagi memastikan harapan melihat skuad kendalian Nafuzi Zain merebut kedudukan kedua Liga Super 2023 tercapai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637685/berita/sukan/liga-super-penyokong-mahu-kda-fc-pulun-selangor-fc

Muzik: Bensound.com

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini