Malaysia perlu lebih

  • 6 bulan lalu
Malaysia memerlukan lebih 10,000 orang eksekutif halal bagi memenuhi permintaan dalam kalangan 8,000 syarikat tempatan yang memiliki pensijilan halal.

Pengerusi Halal Development Corporation (HDC), Khairul Azwan Harun berkata, setakat ini terdapat antara 5,000 hingga 6,000 orang yang mempunyai sijil berkenaan selepas dilatih HDC dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, oleh kerana permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal dunia dijangka mencecah RM5 trilion menjelang 2030, permintaan terhadap eksekutif halal juga akan meningkat, termasuk daripada syarikat luar negara.