Kedah akan terima royalti tahun hadapan- Sanusi

  • 6 bulan lalu
Kedah akan menerima royalti sekitar 15 peratus setahun daripada aktiviti perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, ia melibatkan perlombongan 250,000 tan metrik REE di negeri itu untuk tempoh 10 tahun akan datang.