Dewan Rakyat kenang penderitaan kanak-kanak Gaza
  • 5 bulan lalu
BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2023

Bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia hari ini, Dewan Rakyat mengenang penderitaan ratusan ribu kanak-kanak di Gaza yang masih bergelut dengan konflik perang.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata pada masa ini seluruh dunia begitu terkesan dengan perang Palestin-Israel yang semakin meruncing dan memasuki hari ke-45.

Sempena memperingati golongan itu, Parlimen Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan pameran Hari Kanak-Kanak Sedunia di lobi utama bermula 11 pagi, manakala sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia diadakan di Foyer Parlimen 1 tengah hari ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #HariKanakKanak #Gaza