KPWKM mahu wajibkan kursus asas kanak-kanak OKU kepada Taska

  • 6 bulan lalu
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) mahu mewajibkan kursus asas asuhan kanak-kanak kurang upaya kepada semua pihak yang mengendalikan Taska atau pusat jagaan kanak-kanak berkeperluan khas.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia penting untuk menangani isu pengasuh tiada kemahiran dan pengalaman sehingga menyebabkan berlakunya kes dera di pusat-pusat ini.