'Malaysia perlu ada strategi, tidak bergantung negara lain'
  • 5 bulan lalu
BERITA SEMASA 16 NOVEMBER 2023

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, Malaysia perlu mempunyai strategi pembangunan sendiri dan tidak bergantung kepada perancangan pembangunan negara lain.

Beliau berkata, dalam merancakkan pelan perkembangan ekonomi negara, Malaysia sudah pasti akan menerima dan mengambil sinergi pembangunan Nusantara yang sebenarnya jauh dari Sabah dan Sarawak walaupun nampak dekat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Rushdan Rusmi mengenai limpahan ekonomi kepada Sabah dan Sarawak kesan daripada pembangunan Nusantara.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen
Disyorkan