Yayasan Nippon tanam 100,000 pokok, pulihkan hutan Sarawak

  • 7 bulan lalu
Yayasan Nippon, menerusi Persatuan Jepun Malaysia (JMA) mengumumkan program penanaman semula hutan, di Taman Negara Gunung, Apeng, di Serian Sarawak.

Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa berkata projek yang bakal bermula tahun hadapan itu akan melibatkan penanaman 100,000 pokok di hutan khatulistiwa tertua di dunia.