Hadap undi sebab nak bantu Palestin, Sharif dan Syaiful lali kena hina - “Kami pernah hidup susah”

  • 7 bulan lalu
PASANGAN adik-beradik Syaiful dan Sharif sedar apabila ada sesetengah pihak mendakwa mereka menggunakan isu Palestin bagi meraih undian penonton menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3).

Mereka juga sudah lali dengan pelbagai tuduhan dilemparkan namun mengakui undian sangat penting bagi membolehkan mereka merialisasikan bantuan kepada mangsa perang di bumi bergolak tersebut.

Malah Sharif tidak menolak menggunakan isu Israel-Palestin dalam usaha meraih undian kerana mahu membantu masyarakat di Semenanjung Gaza.

Disyorkan