[TERKINI] Bot hilang kawalan rempuh jeti, dua kapal layar

  • 7 bulan lalu
Suasana di Jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, gempar apabila dua kapal layar dilanggar sebuah bot Barter Trade yang mengalami kerosakan enjin.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, sepasukan anggota Maritim Selangor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira jam 7 pagi.