MUAZ MOHAMED JAWAB SOALAN CEPU EMAS APABILA dicongak, sudah lebih sedekad Muaz Mohamed menjadi penyampai radio.
  • 6 bulan lalu
MUAZ MOHAMED JAWAB SOALAN CEPU EMAS

APABILA dicongak, sudah lebih sedekad Muaz Mohamed menjadi penyampai radio.

Sembilan tahun membina kerjaya di RTM, beliau yang juga pengacara, mengambil keputusan berani untuk keluar dari zon selesa.

Pun begitu, langkah anak kelahiran Muar, Johor itu tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar.

Akui tuan punya badan, penghijrahannya adalah mahu mencabar kemampuan diri dan mengetengahkan bakat diri.

Justeru, platform terbaharu kerjayanya bersambung di Media Prima. Lebih tepat, sebagai deejay Kool 101 (dulu Kool FM).

Temu bual SinarPlus baru-baru ini sempat menelusuri sisi peribadi yang ramai tak tahu tentang suami kesayangan NorEdiana Abd Aziz itu.

Antara soalan yang dikemukakan kami, apakah perkara pertama yang Muaz fikirkan sebaik bangun daripada tidur?

Selain itu, beliau turut diminta berkongsi pengalaman buruk ketika berada dalam konti radio?

Apabila dikritik oleh netizen tentang sesuatu hal, apakah responsnya?

Betulkah Muaz dulu pernah berhasrat menjadi guru?

Semua persoalan itu dijawab beliau dalam video ini. Jom tonton sama-sama!

Personaliti: MUAZANAZZUDIN MOHAMED(@heymuazkoolfm)
Teks/video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
Disyorkan