PDRM tahan lelaki berhubung ugutan kepada Menteri Pendidikan
  • 6 bulan lalu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan hantaran berbaur ugutan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan pada Sabtu, lelaki berkenaan ditangkap pada Jumaat di Setapak, Kuala Lumpur.