Penstrukturan gaji penjawat awam ambil kira semua pihak
  • 6 bulan lalu
Menyentuh mengenai penstrukturan semula gaji dan pencen penjawat awam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah itu akan memastikan tiada golongan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam tertinggal, termasuk veteran tentera.

Beliau berkata, langkah penyelarasan itu melibatkan kumpulan dan dana awam yang besar, dan memohon semua pihak untuk bersabar sedikit lagi.