Menteri tak hadir Parlimen, pembangkang dakwa PM gagal pantau Kabinet
  • 6 bulan lalu
BERITA SEMASA 2 NOVEMBER 2023

Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa menteri dan timbalan menteri tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab isu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, berdasarkan pemerhatiannya, ada menteri yang tidak hadir untuk menjawab soalan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalan menteri untuk berbuat demikian.

Melihat kepada situasi itu, beliau mendakwa Perdana Menteri gagal untuk mengawal ahli dalam Kabinetnya.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen
Disyorkan