Fadhlina sebak jawab kontroversi Minggu Solidariti Palestin

  • 6 bulan lalu
BERITA SEMASA 2 NOVEMBER 2023

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilihat sebak ketika menjawab kontroversi Minggu Solidariti peringkat Palestin Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau menegaskan minggu solidariti ini penting bagi memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menavigasi emosi ke arah yang lebih murni serta mendidik murid dengan nilai kemanusiaan, pendidikan kedamaian dan juga keamanan.

"Beri ruang kepada kami (KPM) untuk melaksanakan tanggungjawab kami dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan, jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru-guru kami baik di sebelah sana atau sini sama, jangan usik...," ujarnya dalam pembentangan di Dewan Rakyat hari ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen