TikTok Shop Malaysia tutup?

  • 7 bulan lalu
Baru-baru ini Indonesia menjadi tumpuan berhubung keputusan yang dibuat kerajaannya mengenai penutupan serta merta TikTok Shop.

Presidennya, Joko Widodo berkata perlu berhati-hati dengan e-dagang, kerana ia boleh jadi sangat baik jika ada peraturan tetapi boleh jadi buruk jika tiada sebarang peraturan.

Susulan keputusan itu, sesetengah rakyat Malaysia bimbang sekiranya Malaysia mengambil langkah yang sama seperti di Indonesia.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya akan meneliti lebih mendalam sebelum sebarang keputusan diambil.

Disyorkan