Suami wanita dilanggar remaja 14 tahun akan mengambil tindakan undang-undang

  • 8 bulan lalu
Suami wanita yang maut dalam kemalangan motosikal yang dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap remaja terbabit.

Menurut Mohamad Firdaus Roslan, 34 tahun, dia terkilan kerana selepas kemalangan itu, remaja terbabit datang ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), namun tidak memohon maaf kepadanya dan ahli keluarganya yang lain.

Disyorkan